TARIAN NGAJAT
Tarian Ngajat merupakan tarian pahlawan tradisional bagi kaum Iban di Sarawak. Tarian ini amat popular dan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu Ngajat Induk, Ngajat Bebunoh, Ngajat Lesong, Ngajat Semain, Ngajat Berayah dan Ngajat “Ngemai antu pala”. Apabila menyambut Hari Gawai sebelum berperang dan sebelum musim menuai, tarian ini dipersembahkan.
Penari lelaki digelar sebagai ‘keling’ dan penari perempuan pula digelar sebagai ‘kumang’. Semasa menari, penari-penari akan memakai pakaian yang dinamakan ‘sirat’, ‘gagong’ ataupun baju burung. Gagong merupakan satu pakaian yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kulit beruang. Pakaian ini tidak dijahit kiri dan kanannya. Satu topi yang panjang yang dihiaskan dengan buru-buru burung juda dipakai.
Penari-penari akan menari tarian ini dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah serta melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang ditarikan adalah bersesuaian dengan upacara. Tarian Ngajat ini juga dapat ditarikan dengan memegang pedang di tangan kanan dan perisai kayu yang berukir di tangan kiri. Mereka akan nenari seperti berdepan dengan musuh dan menghayunkan badan ke kiri dan kanan.
Bagi membunyikan lagu iringan Tarian Ngajat, alat-alat muzik yang digunakan adalah seperti gong, gendang, bebendai, tawak, sapeh dan engkurumong. Selain itu, untuk ber’Rayah’ sambil membawa tengkorak musuh, gendang Rayah telah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut Hari Gawai.
TARIAN KENYALANG
Tarian Kenyalang juga dikenali sebagai Datun Julud merupakan satu tarian tradisional bagi kaun Kenya di Sarawak. Nyik selong, seorang putera Kenya merupakan pencipta Tarian Kenyalang ini. Penciptaan tarian ini adalah untuk menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran.
Tarian ini biasanya dipersembahkan semasa perayaan kemasyarakatan bagi menyambut kepulangan pahlawan-pahlawan dari berbulu dan perayaan tahunan yang menandakan tamatnya musim menuai kaum itu.
Tarian Kenyalang boleh ditarikan secara berseorangan ataupun berkumpulan. Kipas tangan anggun yang deperbuat daripada bulu burung kenyalang akan digunakan oleh para penari apabila mempersembahkan tarian ini. Bulu burung kenyalang ini melambangkan sayap burung suci. Ia juda dilekatkan di celah jari penari sebagai perhiasan. Semasa menari, penari-penari akan menghentakkan kaki ke kiri dan ke kanan secara berulang-ulang sambil menyanyi dan bertepuk tangan.
Alat muzik utama yang digunakan untuk mengiringi Tarian Kenyalang adalah sapeh, iaitu alat mizik seperti gitar.
Suku
Kaum Di Sarawak
1) Iban
Kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30%
daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang
terbesar di Sarawak ,mareka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari
daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk iban
adalah di bahagian Kota Samarahan,Sri Aman, Sarikei,Sibu,Kapit dan Miri.
Kebanyakan kaum iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya
teletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi
mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan berkomunikasi antara satu sama
lain. amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat
,pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan
persaudaraan yang erat antara satu sama lain.kebanyakan masyarakat iban pada
hari ini menerima agama kristian sebangai pegangan, tetapi dalam masa yang sama
masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi
lambang tradisi masyarakat Iban.[Sarawak mempunyai 112 jenis suku dayak]
Sistem
Tulisan
Kaum Iban mempunyai bahasanya yang
tersendiri, iaitu bahasa iban, bahasa Iban mempunyai banyak persamaan dengan
bahasa melayu, bahasa Iban merupakan bahasa yang seragam (homogenous).
Masyarakat Dayak-Iban merupakan satu-satunya bangsa bumiputra di Malaysia yang
mempunyai system tulisan yang disebut 'Turai'. Ia mempunyai tidak kurang
daripada 59 abjad yang mewakili bunyi sebutan seperti tulisan rumi. System
tulisan ini berkesan apabila orang Iban dapat merujuk keturuan sehingga 15
generasi yang terdahulu dengan darjah ketepatan yang mengagumkan dan juga
merekodkan peristiwa penting. Salah satu peristiwa yang penting dalam sejarah
orang Iban ialah 'Pirate of Beting Maro' di mana mereka mematahkan kemaraan
penjajah dan merampas harta kebendaan pihak musuh.
Kebanyakkan orang iban pada masa
kini tidak tinggal di rumah panjang,mereka hanya ke rumah panjang apabila
tibanya Gawai.
Kegiatan
ekonomi
Sebahagian besar masyarakat iban
masih tinggal di rumah-rumah panjang dimana pola pertempatan bagi rumah panjang
ini adalah beselerak dilembah sungai di seluruh negeri Sarawak, Segolongan
besar orang iban masih melibatkan diri di dalam kegiatan pertanian iaitu
menanam padi bukit atau padi huma. orang iban pada zaman dahulu merupakan
peneroka ulung dalam membuka hutan rimba (berimba)atau(berumpang kampong)bagi
tujuan penanaman padi bukit.aktiviti penerokaan ini dilakukan dengan seluas
yang termampu dengan matlamat untuk mendapatkan hasil tuaian tanaman padi yang
lebih banyak.bagi masyarakat iban sesiapa yang dapat tuaian padi yang banyak
maka dia merupakan seorang yang boleh dianggap kaya dan dipandang tinggi
,pintar dan rajin. justeru itu masyarakat iban pernah dianggap sebagai salah
satu masyarakat yang terkenal dengan penanaman padi bukit(Sultive,1978:3).
selain itu orang iban yang tinggal di rumah panjang masih menjalankan aktiviti
memburu dan mendapat sumber-sumber hutan untuk mendapatkan bekalan makanan dan
perubatan.pada hari ini sebahagian orang iban mula menetap di bandar- bandar
besar di sarawak, kebanyakan generasi baru iban mempunyai pengetahuan dan
kelayakan pendidikan dan berkerja di dalam sektor awam dan sektor swasta.
2)
Suku
Bidayuh
Kaum Bidayuh adalah
masyarakat yang mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya Bahagian Serian,Kuching dan di barat
Kalimantan. Mereka terdiri daripada empat pecahan etnik iaitu:
- Selakau/Lara (Daerah Lundu)
- Jagoi/Singai ( Daerah Bau)
- Biatah (Daerah Kecil Padawan)
- Bukar/Sadong (Daerah Serian)
Mereka kebanyakannya beragama
Kristian. Hanya sebahagian sahaja yang menganut agama Islam dan animisme.
Pada zaman dahulukala suku kaum
bidayuh tinggal di rumah panjang. Lazimnya penempatan rumah panjang suku kaum
Bidayuh terletak jauh di kawasan pendalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi
tujuan keselamatan iaitu sukar untuk dikesan oleh musuh.Struktur rumah panjang
kaum Bidayuh tidak jauh bezanya dengan struktur rumah panjang masyarakat Iban
di Sarawak. Atap rumah panjang kaum Bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau
sagu, manakala dindingnya pula daripada buluh. Pelantar atau lantai rumah
panjang pula diperbuat daripada papan atau buluh manakala tiangnya pula
diperbuat daripada kayu belian.
Rumah panjang Masyarakat Bidayuh
terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bilik utama, awah dan tanju. Bilik utama
dapat kita samakan dengan ruang utama kediaman pada masa sekarang. Di dalam
bilik ini masyarakat Bidayuh lazimnya meletakkan barang-barang peribadi milik
keluarga dan keturunan mereka seperti Gong, tempayan, tembikar dan sebagainya.
Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur di kala malam hari. Awah pula
adalah bahagian pelantar di luar rumah panjang Masyarakat Bidayuh dan lazimnya
ia bertutup dan beratap. Ia dapatlah disamakan dengan berandah rumah pada
dewasa ini. Di "awah" masyarakat Bidayuh menjalankan aktiviti aktiviti
harian mereka seperti menganyam, berbual, membuat peralatan bertani dan
sebagainya. Ruangan Awah juga akan digunakan untuk sebarang upacara keagamaan
seperti perkahwinan, pantang larang dan pesta-pesta tertentu seperti pesta
gawai dan sebagainya. "tanju" pulaadalah bahagian terluar di dalam
rumah panjang masyarakat bidayuh. Bahagian Tanju agag terdedah dan lazimnya ia
tidak bertup mahupun beratap. Tanju lazimnya digunakan untuk Menjemur hasil
tuaian masyarakat Bidayuh seperti padi, lada, jagung dan sebaginya.
BAHASA BIDAYUH
Bahasa Bidayuh agak unik berbanding
bahasa bahasa lain yang terdapat di Sarawak. Keunikan ini adalah berdasarkan
sebutan,pertuturan, gerak gaya dan alunan yang dipertuturkan. Lazimnya bahasa
Bidayuh akan berubah intonasi dan bahasa mengikut kampung dan daerah tertentu.
Ini menyebabkan suku kaum ini sukar untuk berkomunikasi antara satu sama lain
sekiranya mereka dari suku dan daerah yang belainan. Sebagai contoh suku
Bidayuh dari Kawasan serian menyebut "makan" ialah "ma-an"
manakala suku Bidayuh dari kawasan padawan pula menyebut "makan"
sebagai "man".
3)
Kenyah
Kaum Kenyah ialah salah satu kaum besar orang asli (Bumiputera) yang
mendiami di kawasan pedalaman daerah Baram dan Belaga di Sarawak, Malaysia
serta di Kalimantan,Indonesia. Kini kaum Kenyah terdiri daripada sub-kaum kecil
seperti Kenyah Jamok, Kenyah Badeng, Kayan, , Lepo' Tau, Lepo' Maut, Uma'
Bakah, Lepo' Kulit, Kenyah Sambob, Penan dan sebagainya. Kaum Kayan dan Penan
pada asalnya merupakan sub-kaum Kenyah berdasarkan sejarah nenek moyang iaitu
Lenjau Suuh + Bawe'.
Kaum ini digolongkan bersama-sama dengan kaum Kelabit, Lun Bawang serta di bawah golongan yang lebih umum, iaitu kaum orang Ulu.
4)
Lun Bawang
Suku Kaum Lun Bawang berasal dan
tinggal dikawasan pedalaman tanah tinggi Borneo iaitu Kelimantan
timur,Brunei,Sabah dan Sarawak.Di Sarawak, digolongkan dari masyarakat Orang
Ulu.
Suku kaum Lun Bawang di Sabah lebih
dikenali sebagai Lun Dayeh yang bermaksud Orang hulu atau pedalaman,
(erti asal adalah mereka yang tinggal di hulu sungai.). Sementara di Sarawak
dan Brunei mereka pula dikenali sebagai Lun Bawang yang bermaksud Orang
tempatan atau orang pribumi.Suku kaum Lun Bawang yang dahulu dikenali
sebagai Murut juga terdapat di sepanjang persisiran sungai Lawas,Trusan dan
Limbang.
Sejarah asal penempatan awal suku
kaum Lun Bawang ialah di tanah tinggi Kerayan Kelabit kawasan tengah utara
Borneo. Mereka telah berhijrah ke Sabah, Sarawak dan Brunei sekitar abad ke-17
dan ke-18 akan tetepi kebanyakan mereka masih ada di Kelimantan.
Cara hidup dan bahasa suku kaum Lun
Bawang dan Kelabit banyak persamaan.Ini dapat dilihat juga dalam cara mereka
semasa menanaman padi bukit (tana luun) dan sawah padi(Lati ba').Nasi
yang menjadi makanan mereka dibungkus dengan daun pisang atau itip
dipanggil Nuba' Laya. Daging atau ikan yang telah diperam dengan garam
serta disimpan didalam buluh selama lebih sebulan dipanggil telu' serta
rasanya akan menjadi masam masam masin sangat digemari suku kaum Lun Bawang.
Begitu juga dengan salai(narar) Mereka juga mendapat sumber garam dari
telaga air masin yang lebih dikenali sebagai lubang main. Dikawasan
pedalaman menternak kerbau dan lembu menjadi sumber ekonomi sampingan serta
menjadi hantaran mas perkhawinan pihak pengantin lelaki kepada keluarga pihak
pengantin perempuan yang dipanggil purut.
Pada umumnya suku kaum Lun Bawang
beragama Kristian yang telah disebarkan oleh mubaligh kristian sekitar tahun
1928-1930an.Arwah Datuk Racha Umung adalah Presiden pertama SIB. Presiden SIB
Sarawak, Pastor Kalip Basar yang telah terbunuh dalam nahas helikopter pada
julai 2003 dan YB Judson Sakai Tagal menteri muda Sarawak juga terbunuh dalam
nahas helikopter pada 2004 juga adalah dari suku Kaum Lun Bawang dan membuat
nama Lun Bawang lebih dikenali di Malaysia.
Sistem pendidikan agak lewat sampai
diantara suku kaum Lun Bawang. Namun begitu atas usaha yang berterusan ramai
antara mereka berjaya menjadi golongan ahli profesional. Setakat ini ada lebih
dari 10 orang peguam dari suku bangsa Lun Bawang
Perayaan Hari Gawai Dayak
Gawai Dayak merupakan
perayaan Dayak yang merangkumi suku Iban,Bidayuh dan Orang Ulu meliputi suku
Kayan,Kenyah,Kelabit,Lun Bawang,Penan,Punan dan Tatau.Gawai Dayak merupakan
perayaan kemenangan dan kesyukuran setelah selesainya musim menuai.Jenis-jenis Hari
Gawai adalah seperti:
Gawai Batu,Gawai Burung,Gawai Bersimpan dan Gawai
Antu.Gawai Burung merupakan perayaan yang berkaitan dengan sesuatu tanda atau
mimpi yang tidak baik.Gawai Bersimpan adalah perayaan kesyukuran setelah
menuai.Gawai Antu pula merupakan perayaan untuk roh orang-orang yang meninggal
dunia.Gawai Dayak juga dikenali sebagai Pesta Gawai.Pesta Gawai biasanya
disambut pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun setiap tahun.Perayaan ini
disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun selepas
musim menuai padi.Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial
oleh Tuai Gawai.Tuai Gawai akan memulakan upacara ‘miring’ini diruai rumah
panjang.Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.Upacara
minum air pengayu dilakukan pada jam 12.00 malam dengan harapan supaya panjang
umur,sihat dan makmur.Pada pagi 1 hb Jun,jam 7.00 pagi,tuai rumah dengan
diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang untuk menghantar piring
persembahan ke tiang pengingat.Tiang pengingat ialah sejenis kayu yang sering
digunakan untuk mendirikan rumah panjang.
Pelbagai jenis makanan dan air tuak akan
dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan.Satu puisi khas akan dibacakan
oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke
atas bahan persembahan.Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan
itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai.
Apabila selesai upacara persembahan,perayaan
Gawai secara tradisi dimulakan.Masyarakat berkumpul sekitar’ranyai’atau pokok
istiadat yang dibawa masuk ke dalam dan diletakkan di serambi umum di rumah
panjang.Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak.Ngajat
Lesong merupakan salah satu acara yang paling menarik pada perayaan Gawai.Penari
akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan
menggunakan giginya.
Ketika perayaan Gawai,perhiasan
tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi secara
turun-temurun akan dipakai untuk dipamerkan.Anak dara orang Iban akan
mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan kecantikan paras rupa mereka.Pesta
Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.
No comments:
Post a Comment