My Baby



My Baby Album
My first baby his name Aaron Naong Anak Anderson
D.O.B: Jan 25, 2012 (Dragon Baby) 2012 Chinese Horoscope & Feng Shui Yearly Forecast. Dragon Year - 
 23 Jan 2012 to 09 Feb 2013. This analysis is done by Geomancy
How is your baby growing?





 

baby boy anak bujang saya yang sangat mamy kasihi inilah gambar2 dia dari lahir sampai la sekarang….

Really active boy…









Aaron 7 bulan dah belajar duduk...hmmm sayang anak mamy dady :)











Aaron 8 bulan...smile 2 all :)
Jalan2 dengan mamy di bandaraya kuching..




















25/10 td aaron dah masuk 9 bulan..hmmm bertambah la kenakalan anak mamy...
Tengok Tv siap lipat kaki dia...wah wah...aaron...
Aaron 10 bulan


Aksi2 aaron dah pandai makan keropok Chips....muaaaaaaaaahhhhh anak mamy.i love u

Aaron join da Wonderland Kids house at Plaza Merdeka Kuching, Sarawak
nanti la mummy post kan gbr..k..tguuuuuuuuuuuuuuuuuuu 
ha ni la gambar Aaron di Plaza merdeka kuching sarawak...
Aaron dah masuk 11 bulan....






Cantik kan.....rugi kalo tak berjalan2 di plaza merdeka sampai kat wonderland ni...

Bath Time...........
1

2

3

4

5

6

7

Taaaaaaaaaa daaaaaaaaaaaaaaaaaa


Best mandi dalam tub inik beli ni....

 
Cobaan Tuhan pada awal tahun 2013
Aaron di serang penyakit demam yang teruk, cirit beret and muntah2 sehingga masuk ward ...
sampai x sempat nak celebrete bzday nya chukup setahun...kasihan anak mamy...sabar ya nak...we love u.
 Nasib anak ku dapat bertahan selama 2 mggu demam dan sekarang dah kluar ward.syukur pada tuhan....sihat dah...
FACT SHEET ROTAVIRUS  - Jenis penyakit yang terkena pada Aaron.


Pengenalan

Sejak 27 Januari sehingga 13 Februari 2012 yang lalu, sebanyak 2,236 kes AGE dengan gejala
cirit-birit dan muntah dikesan di dua buah daerah di Perak iaitu 1,397 kes di Hilir Perak
manakala 839 kes dikesan di Batang Padang. Jangkitan virus ini dikenali sebagai ‘Rotavirus’
yang menyebabkan kes ‘Acute Gastroenteritis’ (AGE) dan telah mengakibatkan kematian dua
orang bayi yang berusia 2 dan 10 bulan.
Fact sheet ini bertujuan untuk membantu anggota kesihatan dalam rawatan dan pengendalian
kes yang melibatkan AGE dengan lebih efektif.

Apakah rotavirus?

Rotavirus adalah virus (kuman) yang boleh menyebabkan cirit-birit yang teruk, biasanya dengan
demam dan muntah-muntah. Rotavirus adalah punca yang paling biasa menyebabkan
Gastroenteritis teruk (muntah dan cirit-birit) di kalangan bayi dan kanak-kanak. Penyakit
rotavirus boleh menyebabkan kanak-kanak kehilangan cecair badan dengan cepat dan amat
berbahaya bagi kanak-kanak yang berumur kurang daripada 2 tahun. Kanak-kanak antara umur
3 hingga 35 bulan mempunyai risiko paling tinggi untuk mendapat jangkitan.

Apakah simptom penyakit rotavirus?

Penyakit rotavirus biasanya bermula dengan sakit perut dan muntah-muntah, sering demam,
diikuti oleh cirit-birit. Cirit-birit berair boleh menjadi ringan hingga teruk dan biasanya akan
berlangsung selama 3 hingga 7 hari. Cirit-birit yang teruk boleh membawa kepada kehilangan
cecair badan yang dipanggil dehidrasi, yang boleh mengakibatkan kematian jika tidak dirawat.
Hampir semua kanak-kanak boleh dijangkiti dengan rotavirus dalam tempoh 3 hingga 5 tahun
pertama kehidupan, tetapi cirit-birit teruk dan dehidrasi berlaku terutamanya di kalangan kanakkanak
berumur
3
hingga
35
bulan.


Bagaimanakah rotavirus merebak?

Rotavirus masuk ke dalam badan secara oral dan kemudian menjangkiti lapisan usus.
Rotavirus adalah sangat mudah berjangkit dan merebak dengan mudah dari kanak-kanak yang
sudah dijangkiti kepada kanak-kanak lain dan kadangkala orang dewasa. Sejumlah besar
rotavirus hadir dalam najis orang yang dijangkiti, dan mudah dijumpai pada tangan dan objek
yang tercemar, seperti alat permainan. Kanak-kanak boleh menyebarkan rotavirus sama ada
sebelum atau selepas mereka mendapat cirit-birit. Rotavirus adalah sangat stabil dan boleh
kekal dalam persekitaran selama beberapa bulan jika tidak dinyahkuman.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk menunjukkan tanda-tanda rotavirus selepas
terdedah?

Tempoh pengeraman untuk rotavirus menyebabkan cirit-birit adalah 1 hingga 3 hari. Gejala
jangkitan berbeza-beza dan bergantung kepada sama ada ia adalah jangkitan pertama atau
jangkitan semula. Mereka yang dijangkiti menghasilkan kuantiti virus yang banyak di dalam
najis mereka bermula 2 hari sebelum mengalami cirit-birit dan sehingga 10 hari selepas
bermulanya gejala. Rotavirus boleh dikesan dalam najis orang yang berimuniti rendah selama
lebih daripada 30 hari selepas jangkitan.

2014- Anak kedua Baby Sharon




No comments:

Post a Comment