Su Collection Receipe



Kuih Lapis Pelangi

Bahan A
Pewarna merah, hijau,dan kuning. ( ikut cita rasa)
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
... ½ cawan gula pasir
2 cawan santan
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan tepung beras

Cara:
Gaulkan semua bahan A hingga sebati dan Tapis
Bahagikan adunan ini pada empat bahagian.
Masukkan pewarna merah ,hijau, kuning pada setiap bahagian yg diasingkan.
Masukkan satu senduk adunan merah ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
Lapiskan satu senduk adunan hijau dan kukus semula selama 5 minit.
Kemudian warna-warna lain secara berselang seli. Kukus sehingga masak.
selamat mencuba!



Resepi Bahulu kukus

BAHAN BAHAN;

250 gm tpg gandum
... 4 biji telur
200 gm gula halus
1 sdt esen vanilla
1sdt overlet
150 ml santan
sedikit pewarna kuning

CARA MEMBUATNYA:

-pukul telur dgn gula,overlet,hingga kembang dan pekat.

-kemudian masukkan tepung sedikit-sedikit dgn santan (selangselikan).

-warnakan

-perap 1/2 jam -1 jam

-kemudian sudukan dlm acuan bahulu dan kukus 10-15 minit.

Siap,selamat mencuba :)
 

 Bahan-bahannya:

2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 cawan santan
1/2 cawan air daun pandan
1/2 camt garam
sedikit minyak utk melengser acuan
Sedikit gula
sedikit pewarna hijau

Cara membuatnya :

1. Masukkan santan, air daun pandan, telur, tepung dan garam dalan blender. Jika adunan pekat sangat tambah sedikit air sejuk sedikit demi sikit hingga bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

2. Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, lengserkan acuan dengan minyak masak, bila dah panas tuang adunan ke dalamnya, dan masukkan setengah sudu kecil gula.

3. Tutup acuan kuih cara dan biarkan 2 - 3 minit. Keluarkan kuih cara yang dah masak dan tangkup dua kuih cara dan hidangkan.



KEK GULA HANGUS KUKUS


Bahan gula hangus:
2 cwn gula
2 cwn air
2 cwn gandum
2 s/t baking powder
2 s/t soda bikarbonat
2 s/b margerin – dicairkan
6 biji telur
1/2 cwn susu pekat manis

Cara-cara:
1. Cairkan / hanguskan gula (keperangan), then masukkan air – biarkan sejuk
2. Pukul telur hingga kembang
3. Masukkan susu pekat n margerin – putar lagi
4. Masukkan gandum, putar sekejap.
5. Then msk gula hangus n putar.
6. Tapis adunan dalam loyang
7. Perap 3 jam.
8. Kukus 1 jam.



Kek marble susu
Bahan-Bahannya
250 g mentega (nak sedap guna mentega berkualiti tinggi)
230 g gula halus (saya guna 150 g gula perang sahaja. rasa dia tak manis sangat sebab ramai yang review manis ikut sukatan asal)
2 camca teh ovalette
4 biji telur gred A
270 g tepung halus*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
60 g susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh coklat emulco (saya pakai cappuccino paste)
*Saya tambah lagi 100 ml susu cair ke dalam adunan ini pada step ke-2 sebelum adunan dibahagi 2

Cara membuatnya
1. Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.

2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.

3. Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick.

4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka..

Apam Marble
Bahan-bahan :
2 biji teur - saiz AA (kalau saiz sederhana, gunakan 3 biji)
1 sdt ovallete
*150 gm tepung gandum
*1/2 sdt baking powder
120 gm gula halus
100 ml santan
1/2 sdt esen vanilla
25 ml air biasa
sedikit garam
Pewarna (merah, hijau dan kuning)

Cara-cara :
~ Panaskan kukusan dengan api sederhana, griskan loyang dengan marjerin.
~ Ayak tepung dan baking poeder, ketepikan.
~ Pukul telur bersama ovallete sehingga kembang, gebu dan putih.
~ Masukkan gula dan pukul lagi sehingga sebati.
~ Masukkan esen vanilla, santan dan diselang-selikan dengan tepung yang telah diayak bersama baking powder tadi.
~ Masukkan air dan secubit garam, kacau rata dan sebati.
~ Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, dan masukkan adunan secara berselang seli dalam loyang yang telah dipanaskan tadi.
~ Kukus selama  30-40 minit.



Kek Lapis Asam Manis
bahan-bahan : loyang  8" x 8" atau 9" x 9"
  • 10 biji telur A
  • 200 g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian barulah disukat)
  • 100 g tepung hongkong/superfine/tepung gandum (diayak)
  • 450 g mentega berkualiti 
  • 1 sudu besar ovallete
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 150 g gula kastor 
  • 300 g susu pekat manis
  • haw slice/ hawflake secukupnya
  • pewarna kuning, ungu dan hijau secukupnya (pewarna lain pun boleh)
cara-cara :
  1. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang. 
  2. Dalam bekas yang lain, putar mentega dan susu hingga putih berkrim.
  3. Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Sebatikan.
  4. Kemudian masukkan tepung biskut marie dan tepung hongkong/superfine/gandum. Kacau sebati dengan spatula dan kemudian putar lagi 1 minit untuk memastikan adunan benar-benar sebati. 
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan hijau, ungu dan kuning.
  6. Bakar/grill lapis demi lapis dan susunkan hawflake secukupnya mengikut citarasa. (setiap lapisan diratakan dengan 7 sudu makan adunan).
  7. Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan lapisan seterusnya menggunakan api atas sahaja. Setiap lapisan dibakar antara 5-7 minit atau hingga keperangan. (setelah habis melapis, bakar pada suhu 140C selama 10 minit lagi supaya kek masak sempurna)


KEK KUKUS SUSU RINTIK

250 g butter ~ suhu bilik
1 cawan gula halus
6 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
3 cawan tepung naik sendiri
1 cawan susu pekat
1/2 cawan air ~ ita gantikan 1/2 cawan susu segar
1 sudu teh ovelate ~ ita tambah
1/2 cawan manik gula berwarna ~ ita tambah

Panaskan kukusan
Sediakan loyang berukuran 9 inc
Oles loyang dengan sedikit butter dan lapik dasar loyang dengan baking paper

Dalam bekas mangkuk mixer, pukul butter dan gula hingga kembang dan memutih
Masukkan ovalate dan pukul lagi hingga rata.
Masukkan telur sebijik demi sebijik ~ pastikan telur telah bergaul sempurna baru masukkan satu lagi telur
Tambahkan esen vanila dan pukul adunan hingga rata
Masukkan susu pekat manis dan terus memutar
Tutup mixer
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, kaup balik hingga adunan bergaul sempurna.
Tuangkan manik gula dan gaul rata ~ proses ni kena buat cepat2 supaya manik tu tak turun warnanya
Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 45 minit hingga 1 jam
Bila kek dah masak tunggu ia sejuk sebentar
Keluarkan dari loyang dan sedia di nikmati.



No comments:

Post a Comment